LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Monday 15 April 2013

PROJEK TAMAN KEKAL PENGELUARAN NANAS



Projek Pembangunan Infrastruktur dan Pemberian Input Pertanian atau dikenali sebagai Projek Taman Kekal Pengeluaran Nanas (TKPN) diwujudkan bertujuan mewujudkan kawasan kekal pengeluaran nanas bagi mempertingkatkan pengeluaran serta memenuhi keperluan domestik dan global secara konsisten. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran nanas. Projek ini dijangka dapat meningkatkan keluasan tanaman nanas negara dan sekaligus menjadi salah satu sumber bekalan nanas berskala besar secara terancang dan konsisten.

            Projek  ini juga dijangka akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar dengan menyediakan peluang pekerjaan disamping menjadi pemangkin kepada pengusaha nanas di kawasan berkenaan supaya lebih progresif kerana mendapat sokongan daripada perlaksanaan projek ini. Dalam jangka masa panjang pelaksanaan projek ini akan menyumbang kepada pengwujudan lebih banyak industri hiliran berasaskan nanas di kawasan tersebut.
           
            Pemberian insentif ini merupakan pelengkap kepada kawasan tanaman nanas yang telah dikenalpasti berpotensi dan ianya adalah insentif khas di bawah projek pembangunan dan tidak tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas serta peraturan di bawahnya.



i.                    OBJEKTIF PROGRAM/PROJEK
i.                     Membangunkan tanaman nanas berskala besar secara kekal bagi menjamin bekalan nanas yang berterusan dan memenuhi spesifikasi kualiti yang ditetapkan bagi tujuan eksport; dan

ii.                   Menggalakkan pembangunan industri huluan dan hiliran berasaskan nanas.

ii.                 SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM/PROJEK
Membina dan menyelenggara infrastruktur kebun seperti jalan ladang, perparitan dan pembentungan, penyelenggaraan bengkel dan stor penyimpanan serta membekalkan benih dan input pertanian.

iii.               JUSTIFIKASI PROGRAM/PROJEK
Pembangunan Komoditi Nanas dapat ditingkatkan dalam jangka pendek (pembangunan 5 tahun) dan dapat memberikan faedah berganda kepada negara diantaranya seperti berikut:-
a)     Menyumbang kepada peningkatan imbangan dagangan bagi pasaran eksport nanas untuk tahun 2011 hingga 2015;
b)     Menggalakkan penanam nanas mengaplikasikan Amalan Pertanian Baik (GAP) untuk memastikan produktiviti berterusan; dan
c)      Memenuhi permintaan dan keperluan pasaran tempatan
d)     Meningkatkan nilai eksport nanas segar dan seterusnya mengurangkan nilai import nanas segar.

iv.               JENIS INSENTIF
Jenis-jenis insentif adalah seperti berikut :-
a)     Benih varieti N36 dan Josapine;
b)     Input pertanian merangkumi baja, hormon dan racun; dan
c)      Infrastruktur ladang (stor, jalan ladang, perparitan dsb.)

v.                  CADANGAN LOKASI

BIL.

LOKASI

CADANGAN
KELUASAN
(ekar)


1.
Smpg Renggam, Johor
30

2.
Beufort, Sabah
25

3.
Jelebu, N. Sembilan
30

4.
Perda, Penang
30

5.
Dungun, Terengganu
30