LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Thursday 16 May 2013

SENARIO DAN PROSPEK INDUSTRI NANAS MALAYSIA

STATUS INDUSTRI NANAS MALAYSIA

Nanas merupakan komoditi penting yang perlu dan terus diberi penekanan dalam penyelidikan dan pembangunan. Malaysia mempunyai pengalaman dalam pembangunan industri nanas secara komersial sejak ratusan tahun dan kelebihan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meningkatkan eksport.

Meskipun pengisytiharan nanas Josapine dan teknologi pengangkutan dengan kapal laut telah menyumbang terhadap peningkatan pengeluaran nanas segar untuk pasaran tempatan dan eksport, nalisis secara makro dan jangka panjang umunya menunjukkan teknologi yang dibangunkan selama ini tidak berjaya meningkatkan produktiviti tanaman nanas secara mapan. Penelitian lanjut perlu dilakukan bagi melihat faktor yang menyumbang terhadap penurunan produktiviti.

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan produktiviti termasuk faktor teknikal seperti tahap kesuburan tanah, infrastruktut, sistem penyampaian teknologi, amalan teknologi, pengurusan ladang dan faktor sosioekonomi seperti usia petani, tahap pelajaran,pengalaman, keusahawanan dan lain-lain lagi.

Dirantau ini Malaysia mempunyai kekuatan dalam pengeluaran nanas untuk pasaran segar dan pemprosesan. Wujudnya varieti berkualiti dan bernilai tinggi, teknologi penanaman dan pengendalian lepas tuai yang efisyen di samping permintaan eksport yang sangat menggalakkan membolehkan Malaysia menjadi negara pengeksport utama nanas segar di dunia. Selain Singapura, pasaran nanas segar dan produk nanas perlu ditumpukan kepada negara-negara Asia Barat dan Asia Timur yang menunjukkan trend import yang meningkat.

Pengelompokan kawasan nanas pekebun kecil menjadi skala besar ialah tindakan yang tepat bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran nanas di samping memudahkan pengurusan dan pemantauan berpusat bagi menjami kualiti hasil. Pekebun kecil nanas dicadangkan agar fokus kepada pengeluaran nanas untuk pasaran segar yang boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan nanas untuk pemprosesan.

Bagi industri pengetinan pula, pihak pengilang perlu mempunyai estet sendiri sebagai sumber bekalan buah nanas dan tidak boleh bergantung kepada pekebun kecil. Harga belian yang kurang menarik menjejaskan minat pekebun kecil untuk menjadi pembekal buah nanas untuk kilang.