Projek Pembangunan Infrastruktur dan Pemberian Input
Pertanian atau dikenali sebagai Projek Taman Kekal Pengeluaran Nanas (TKPN) diwujudkan
bertujuan mewujudkan kawasan kekal pengeluaran nanas bagi mempertingkatkan
pengeluaran serta memenuhi keperluan domestik dan global secara konsisten. Ini
adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran
nanas. Projek ini dijangka dapat meningkatkan keluasan tanaman nanas negara dan
sekaligus menjadi salah satu sumber bekalan nanas berskala besar secara
terancang dan konsisten.
Projek
ini juga dijangka akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar
dengan menyediakan peluang pekerjaan disamping menjadi pemangkin kepada
pengusaha nanas di kawasan berkenaan supaya lebih progresif kerana mendapat
sokongan daripada perlaksanaan projek ini. Dalam jangka masa panjang
pelaksanaan projek ini akan menyumbang kepada pengwujudan lebih banyak industri
hiliran berasaskan nanas di kawasan tersebut.
Pemberian
insentif ini merupakan pelengkap kepada kawasan tanaman nanas yang telah
dikenalpasti berpotensi dan ianya adalah insentif khas di bawah projek
pembangunan dan tidak tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas serta peraturan
di bawahnya.
i.
OBJEKTIF
PROGRAM/PROJEK
i.
Membangunkan tanaman nanas berskala besar
secara kekal bagi menjamin bekalan nanas yang berterusan dan memenuhi
spesifikasi kualiti yang ditetapkan bagi tujuan eksport; dan
ii.
Menggalakkan pembangunan industri huluan dan
hiliran berasaskan nanas.
ii.
SKOP DAN
KOMPONEN PROGRAM/PROJEK
Membina dan
menyelenggara infrastruktur kebun seperti jalan ladang, perparitan dan pembentungan,
penyelenggaraan bengkel dan stor penyimpanan serta membekalkan benih dan input
pertanian.
iii.
JUSTIFIKASI
PROGRAM/PROJEK
Pembangunan Komoditi Nanas dapat ditingkatkan dalam jangka pendek
(pembangunan 5 tahun) dan dapat memberikan faedah berganda kepada negara
diantaranya seperti berikut:-
a)
Menyumbang kepada peningkatan imbangan
dagangan bagi pasaran eksport nanas untuk tahun 2011 hingga 2015;
b)
Menggalakkan penanam nanas mengaplikasikan
Amalan Pertanian Baik (GAP) untuk memastikan produktiviti berterusan; dan
c) Memenuhi permintaan dan keperluan pasaran tempatan
d) Meningkatkan nilai eksport nanas segar dan seterusnya mengurangkan nilai
import nanas segar.
iv.
JENIS INSENTIF
Jenis-jenis insentif adalah seperti berikut :-
a)
Benih varieti
N36 dan Josapine;
b)
Input
pertanian merangkumi baja, hormon dan racun; dan
c)
Infrastruktur
ladang (stor, jalan ladang, perparitan dsb.)
v.
CADANGAN LOKASI
BIL.
|
LOKASI
|
CADANGAN
KELUASAN
(ekar)
|
|
1.
|
Smpg Renggam,
Johor
|
30
|
|
2.
|
Beufort,
Sabah
|
25
|
|
3.
|
Jelebu, N.
Sembilan
|
30
|
|
4.
|
Perda, Penang
|
30
|
|
5.
|
Dungun,
Terengganu
|
30
|
No comments:
Post a Comment