LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Tuesday, 29 May 2012

TAKLIMAT PEMBIAYAAN PROJEK EPP 7

TAKLIMAT PEMBIAYAAN PROJEK EPP 7
28 dan 29 Mei 2012
Hotel Katerina, Batu Pahat
Johor Darul Takzim

anjuran bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Agro Bank Ibu Pejabat



LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

WISMA NANAS, NO.5 JALAN PADI MAHSURI
BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
TEL : 07 - 236 1211
FAKS : 07 - 236 5451
Email : umum@mpib.gov.my
www.mpib.gov.my

PENYAKIT TANAMAN NANAS

REPUT TERAS BAKTERIA

4 hingga 8 bulas selepas menanam. Peringkat awal, tompok-tompok basah akan kelihatan dibahagian tengah-tengah pucuk. Tompok basah itu membesar, mengelembung dan merebak-bertukar warna dari hijau kepada kuning dan mengeluarkan cecair yang busuk. Keseluruhan teras pokok nanas mudah dicabut.

PEROSAK TANAMAN NANAS

KOYA

Merosakkan tanaman nanas dengan menghisap cecair dari bahagian pangkal daun, akar, dan buah nanas. Ia juga sebagai vektor penyakit layu merah. Tanda-tanda awal penyakit ini akan kelihatan di bahagian akar dimana pembesaran akar terbantut dan akhirnya reput. Daun-daun mulai layu dan berubah warna menjadi kuning dan seterusnya merah. Perubahan warna ini bermula dari hujung daun dan merebak bahagian pangkalnya.

INFRASTRUKTUR LADANG DAN SALIRAN

Jalan Ladang
1. Ukuran lebar jalan ladang adalah 3 meter atau yang bersesuaian dengannya dan dianggarkan keperluan bagi 1 hektar ladang adalah 300 meter.

Parit

Parit Besar
1. Bertujuan untuk menyalurkan air ke sungai atau ke laut
2. Dimensi parit adalah 150 cm (Lebar atas) x 120 cm (Dalam) x 120 cm (Lebar Bawah)

PENUAIAN

Buah nanas boleh dituai apabila telah menunjukkan ciri-ciri kematangan terutama pada kelopak mata berbuah dan warna kulitnya. Buah yang cukup matang akan menjamin mutu dan memenuhi kehendak pasaran.

INDEKS KEMATANGAN
Indeks kematangan ialah satu petunjuk tahap matang yang merujuk kepada perubahan kelopak mata berbuah dan warna kulit yang sekaligus merubah ciri isi buah, paras kandungan gula dan asid.

ARUHAN PEMBUNGAAN (HORMONING)


Pokok nanas biasanya akan mengalami pembungaan semulajadi pada umur 12-18 bulan selepas ditanam.

Beberapa faktor alam sekitar seperti cuaca, suhu, jangka masa siang hari dan banyaknya sinaran matahari akan merangsang pembungaan semulajadi.

Monday, 14 May 2012

PEMBAJAAN TANAMAN NANAS

Baja Nitrogen (N)
Pembinaan tisu dan kesuburan daun. Daun adalah tempat memproses makanan kepada tumbuhan

Baja Fosfat (P)
Mempercepatkan pertumbuhan, pembentukan dan kesuburan akar. Akar adalah bahagian pokok yang menyerap unsur baja dalam tanah

Sunday, 13 May 2012

PENGAWALAN RUMPAI

Rumpai mudah tumbuh diatas tanah gambut. Banyak jenis rumpai didapati tumbuh di atas gambut berbanding di tanah mineral. Keadaan tersebut adalah disebabkan oleh :-
1. Daya pegangan air yang tinggi
2. Keadaan tanah yang lembab/ basah
3. Kandungan organik yang tinggi dan pH yang rendah juga menyebabkan banyak spesis rumpai boleh tumbuh.

Thursday, 10 May 2012

PENANAMAN



Sistem penanaman tunggal atau kontan bergantung kepada faktor seperti ekonomi, persekitaran dan kehendak pengusaha

Sistem penanaman disyorkan dalam susunan 2 barisan kembar untuk memudahkan aktiviti pengurusan ladang dan penghasilan tanman yang optima

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN NANAS

Pokok nanas boleh ditanam daripada tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah

Pemilihan benih
Benih dipilih daripada pokok induk yang mempunya ciri-ciri seperti berikut
1. Pokok sihat dan subur
2. Berbuah besar
3. Bertangkai pendek dan tegap
4. Berjambul tunggal
5. Benih dari ladang / kebun yang mempunyai rekod penghasilan yang tinggi dan berkualiti serta bebas daripada penyakit

PENYEDIAAN KAWASAN

Pemilihan kawasan yang mampu menampung keperluan terhadapt pertumbuhan pokok nanas yang sihat dan subur serta operasi boleh dijalankan dengan mudah tanpa halangan

Ciri-ciri sesuai di pilih
1. Tanah lapisan atas yang dalam (topsoil)
2. Tanah bertekstur gembur
3. Tahap kesuburam baik
4. Tanah mempunyai daya pegangan air
5. Bersaliran baik
6. Permukaan tanah mendatar atau beralur sedikit
7. Mempunyai sumber air yang cukup.