Pemilihan kawasan yang mampu menampung keperluan terhadapt pertumbuhan pokok nanas yang sihat dan subur serta operasi boleh dijalankan dengan mudah tanpa halangan
Ciri-ciri sesuai di pilih
1. Tanah lapisan atas yang dalam (topsoil)
2. Tanah bertekstur gembur
3. Tahap kesuburam baik
4. Tanah mempunyai daya pegangan air
5. Bersaliran baik
6. Permukaan tanah mendatar atau beralur sedikit
7. Mempunyai sumber air yang cukup.
Pembersihan kawasan
1. Tebas anak-anak pokok tumbuhan renek dan semak samun
2. Tebang dan cincang pokok-pokok kayu
3. Memerun dan bakar setelah kayu kering
4. Meracun rumpai
Pembinaan Jalan, Parit dan Teres
Jalan ladang dibina setelah kawasan bersih, dimulai dengan memplot jalan seterusnya menolak tanah. Parit di bina bagi meracang dan mengawal pengaliran air dan sebagai sumber kemudahan untuk meracun, membaja dan sebagainya. Teres dibina dikawasan curam untuk menghalang hakisan.
Pembajakan
Tanah Padat - Dibajak 2 kali dengan bajak piring dan digembur dengan rotovator untuk menggemburkan tanah
Mineral - Dibajak sekali sahaja dengan bajak piring dan digemburkan dengan rotovator
Cerun Curam - Bina teres tanpa dibajak
Saliran
Dikawasan tanah gambur, sistem perparitan perlu dibina lebar dengan lebih berhati-hati mengikut kesesuaian kawasan khususnya pada aspek saiznya (kedalaman dan lebar). Ini bertujuan mengelakkan tanah kawasan berkenaan menjadi terlalu kering dan sebaliknya.
Sistem saliran yang tidak dirancang dengan baik akan mempercepatkan proses penyusutan paras air yang boleh mengakibatkan tanah kekeringan berterusan dan menyebabkan pertumbuhan pokok akan terganggu.
Menebang dan Pembersihan Kawasan
Dilakukan dalam musim panas, 3-4 minggu kemudian kayu akan kering dan boleh dibakar.
Pembinaan Jalan dan Lorong
Kayu-kayu bersar dipotong 2.5m panjang, disusun melintang diatas jalan-jalan cadangan sebagai pelapik asas. Tambak tanah laterit setebal 10-20 cm
No comments:
Post a Comment