INDEKS KEMATANGAN
Indeks kematangan ialah satu petunjuk tahap matang yang merujuk kepada perubahan kelopak mata berbuah dan warna kulit yang sekaligus merubah ciri isi buah, paras kandungan gula dan asid.
INDEKS 1
1. Muda atau tidak masak
2. Keseluruhan permukaan kulit atau mata berbenuk agak bujur meruncing ke atas.
3. Berwarna hijau tua dengan braktea berwarna kemerahan.
4. Isi sangat pejal. Kandungan asid tinggi.
5. Belum sesuai untuk dimakan segar.
INDEKS 2
1. Matang.
2. Keseluruhan mata agak lebih bulat.
3. Berwarna hijau tua dengan sedikit kekuningan di celah mata di bahagian pangkal buah.
4. Isi pejal. Kandungan asid masuh tinggi.
5. Sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.
INDEKS 3
1. Buah mula masak.
2. Keseluruhan mata berwarna hijau dengan 1-2 mata dibahagian pangkal berwarna kuning
3. Isi pejal. Peratus kandungan gula meningkat dan asid menurun.
4. Sesuai untuk penghantaran jauh dengan menggunakan udara.
INDEKS 4.
1. Buah masak.
2. Lebih kurang 25% bahagian buah dari pangkal bertukar menjadi oren kekuningan
3. Isi pejal dan berjus Peratus kandungan gula tinggi.
4. Tidak sesuai untuk penghantaran jauh.
5. Sesuai untuk pasaran tempatan dan dimakan segar.
INDEKS 5
1. Buah masak
2. Hampir 50% bahagian buah bermula daripada bahagian pangkal menjadi oren kekuningan.
3. Isi lembut dan berjus. Peratus kandungan gula tinggi.
4. Hanya sesuai untuk pasaran terus tempatan
5. Peringkat terbaik untuk dimakan segar
INDEKS 6
1. Buah masak
2. Lebih 75% bahagian buah berwarna oren kekuningan
3. Isi lembik dan banyak jus. Peratus gula menurun
4. Hanya sesuai untuk pasaran terus tempatan
INDEKS 7
1. Buah masak ranum
2. Keseluruhan mata berwarna oren kuning
3. Isi lembik dan terlalu banyak jus
4. Tidak sesuai untuk pasaran segar
JENIS NANAS DI PASARAN TEMPATAn
No comments:
Post a Comment