LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Tuesday 29 May 2012

ARUHAN PEMBUNGAAN (HORMONING)


Pokok nanas biasanya akan mengalami pembungaan semulajadi pada umur 12-18 bulan selepas ditanam.

Beberapa faktor alam sekitar seperti cuaca, suhu, jangka masa siang hari dan banyaknya sinaran matahari akan merangsang pembungaan semulajadi.



Kadar pertumbuhan tampang yang cepat, kesan rangsangan pembajaan nitrogen yang berlebihan, pengairan atau hujan boleh menghalang pembungaan

Nanas merupakan antara jenis tanaman yang mudah bertindakbalas terhadap bahan kimia pengatur pertumbuhan (plant regulator). Ini membolehkan penghasilannya dirancang dengan menggunakan hormon.

BAHAN / KAEDAH MENGHORMON

Pil ANAA - 1 biji sepokok - Dimasukkan tepat ke dalam pucuk pokok nanas

PLANOFIX - 4 hingga 5 ml planofix + 20 Liter Air - Tuangkan 40 hingga 50 ml larutan ke pucuk pokok

ETHREL - 30 ml + 180 gm Urea + 18 Liter Air - Tuangkan 40 hingga 50 ml Larutan ke pucuk pokok

KALSIUM KARBAID - 200 gm karbaid + 18 liter air - Tuangkan 40 hingga 50 ml Larutan ke Pucuk Pokok


MASA ARUHAN

Waktu yang sesuai untuk menjalankan kerja aruhan pembungaan adalah ketika suhu rendah (awal pagi, letat petang atau malam)

POKOK YANG SESUAI DI HORMON

1. Pokok yang sihat dan subur
2. Pokok yang mempunyaai 35 hingga 40 helai daun segar
3. 1 bulan selepas membaja tabur
4. Pangkal pokok yang telah memunggung

PERATUSAN DAN TANDA-TANDA KEBERKESANAN HORMON

1. 14 hari - daun pucuk muda kelihatan sedikit pudar
2. 30 hingga 45 hari - Ditengah pucuk daun berwarna kemerahan dan kudup bunga mula terbit.
3. 50 hingga 60 hari - Putik nanas mula kelihatan




No comments:

Post a Comment