LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Tuesday 29 May 2012

PENYAKIT TANAMAN NANAS

REPUT TERAS BAKTERIA

4 hingga 8 bulas selepas menanam. Peringkat awal, tompok-tompok basah akan kelihatan dibahagian tengah-tengah pucuk. Tompok basah itu membesar, mengelembung dan merebak-bertukar warna dari hijau kepada kuning dan mengeluarkan cecair yang busuk. Keseluruhan teras pokok nanas mudah dicabut.




BUAH HANTU

Tanda serangan dikesan pada peringkat 2-3 minggu sebelum masak. Cecair busuk keluar daripada celah-celah mata buah beserta dengan gelembung gas. Kulit buah mengelembung dan bertukar warna daripada merah keunguan kepada hijau kotor.


REPUT PERDU

Boleh menyebabkan reput perdu sulur dimana serangan dapat dikesan diantara 4-8 minggu selepas ditanam. Jangkitan bermula dengan tompok-tompok berair dari pangkal daun dan terdapat gelembung gas serta berbau di bahagian yang reput. Jangkitan menyebabkan keseluruhan teras boleh ditanggalkan dari pokok dengan mudah. Jangkitan penyakit berlaku dalam keadaan lembab dan elakkan menyimpan sulur secara timbun pada musim hujan.


MATA DALAM

Penyakit mata dalam boleh menyebabkan kerugian sehingga 40%. Disebabkan oleh kulat penicilium funiculosum. Rongga biji menjadi keras dan berwarna perang kerana tisu dinding ovari menjadi keras. Buah kelihatan normal dari luar dan jika serius buah boleh terbantut dan kerekot. Serangan berlaku pada peringkat pembentukan bunga kira-kira 4-5 minggu selepas aruhan pembunaan


NEMATOD

Merosakkan akar dan mengakibatkan akar gagal berfungsi menyerap nutrien. Menyebabkan pokok terbantut dan mengurangkan hasil. Nematod ini tiada di tanah gambut kerana terlalu masam. Menyebabkan kekurangan hasil yang serius dan rawatan yang mahal.


PECAH TANGKAI

Pecahan mendatar pada ruas tangkai kira-kira 1-2cm dari pangkal buah. Ianya menyebabkan pembesaran buah tidak sekata di mana buah kelihatan bengkok ke arah bahagian yang pecah.

No comments:

Post a Comment