LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Sunday 13 May 2012

PENGAWALAN RUMPAI

Rumpai mudah tumbuh diatas tanah gambut. Banyak jenis rumpai didapati tumbuh di atas gambut berbanding di tanah mineral. Keadaan tersebut adalah disebabkan oleh :-
1. Daya pegangan air yang tinggi
2. Keadaan tanah yang lembab/ basah
3. Kandungan organik yang tinggi dan pH yang rendah juga menyebabkan banyak spesis rumpai boleh tumbuh.



KAEDAH KAWALAN
i. Kaedah Pengawalan Kultur/Manual
Pengawalan rumpai secara manual adalah dengan menggunakan tangan iaitu mencabut, memotong, menajak dan sungkupan

ii. Kaedah Pengawlan Kimia 
Racun rumpai yang sesuai perlu digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumpai di ladang tanaman nanas sebelum dan selepas proses penanaman nanas.

RACUN SEBELUM TANAM
a. Paraquat 50-100 ml / 18 liter air untuk memusnahkan rumput diperingkat pembersihan tapak tanaman
b. Glyphosate 80-100ml/18 liter air untuk memusnahkan lalang
(Meracun ulangan  dijalankan jika difikirkan perlu untuk memastikan kawasan tanaman benar-benar bersih daripada rumpai)

RACUN SELEPAS TANAM
a. Menggunakan racun pracambah mengikut kadar yang disyorkan dan disemburkan secara rata pada benih-benih rumpai dan rumpai muda
b. Kandungan bahan aktif (a.i) di dalam racun pracambah adalah bromacil, Ametryn, Diuron, dan Atrazine iaitu bahan yang tidak mematikan tanaman nanas
c. Meracun perlu dijalankan berulang-ulang apabila terdapat percambahan rumpai yang baru di peringkat sebelum berbunga atau berbuah.

JENIS RACUN PRA CAMBAH
1. Krovar 1 / Hyvar X
2. Gesapex / Snap 500 / Amepex
3. Diran / Diuron / Karmex / Kimex

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat LPNM dan DOA berhampiran atau hubungi saya ditalian 019-3891313.


No comments:

Post a Comment