LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Thursday 10 May 2012

PENANAMAN



Sistem penanaman tunggal atau kontan bergantung kepada faktor seperti ekonomi, persekitaran dan kehendak pengusaha

Sistem penanaman disyorkan dalam susunan 2 barisan kembar untuk memudahkan aktiviti pengurusan ladang dan penghasilan tanman yang optima



Kepadatan Tanaman
Kepadatan tanaman per ekar atau hektar bergantung kepada objektif projek, jenis baka, sistem dan jarak tanaman

Pada umumnya, keadatan bagi sistem tanaman tunggal bagi semua jenis baka adalah seperti berikut : -

90cm x 60cm x 30cm - 43,500 pokok / ha @ 17,424 pokok/ac
120cm x 60cm x 30cm - 36,250 pokok/ha @ 14,500 pokok/ac

Tanaman kepadatan tinggi  > 50,000 pokok sehektar (20,000 pokok se ekar) boleh menyumbang kepada peningkatan hasil yang memuaskan dan berkualiti dengan pengurusan yang sempuna

Alatan Keperluan Menanam Nanas
1. Kayu Tugal / Cangkul Kecil
2. Kayu Pancang
3. Tali bertanda


Kaedah menanam

1. Kayu pancang berentangkan tali atau dawai digunakan sebagai penanda  untuk meluruskan barisan. Tali atau dawai itu diletakkan tanda bagi menentukan jarak tanaman dan jarak lorong antara barisan

2. Kayu tugal/cangkul kecil digunakan untuk membuat lubang tanaman yang disyorkan adalah diantara 10-15cm (4-6 inc) atau bersesuaian mengikut saiz benih yang hendak ditanam

3. Tanam benih/sulur yang telah diasingkan mengikut gred yang sama dan tidak bercampur bagi membolehkan tumbesaran yang seragam dan memudahkan aktiviti penyelenggaraan tanaman dijalankan


Penanaman di Tanah Mineral
1. Disyorkan berbatas dengan sungkupan plastik atau tanpa sungkupan
2. Sungkupan mampu membantu mengelak hakisan, pertumbuhan rumpau dan mengekalkan kelembapan tanah.
3. Di kawasan curam, tanah tidak perlu dibatas atau di bajak untuk mengurangkan hakisan.


Musim Menanam
Tanah Mineral - Penanaman pada musim lembab adalah lebih baik
Tanah Gambut - Penanaman sepanjang masa.

~ sila dapatkan khidmat nasihat di pejabat LPNM berhampiran dengan kawasan anda atau menghubungi saya ditalian 019-3891313 ~

No comments:

Post a Comment