LeaD by PineApple

LeaD by PineApple

Thursday 10 May 2012

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN NANAS

Pokok nanas boleh ditanam daripada tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah

Pemilihan benih
Benih dipilih daripada pokok induk yang mempunya ciri-ciri seperti berikut
1. Pokok sihat dan subur
2. Berbuah besar
3. Bertangkai pendek dan tegap
4. Berjambul tunggal
5. Benih dari ladang / kebun yang mempunyai rekod penghasilan yang tinggi dan berkualiti serta bebas daripada penyakit



Pemilihan ini mampu meningkatkan hasil pendapatan 10-15% dan mengekalkan kualiti pengeluaran

Pengambilan benih
Benih bileh dikutip setelah mencapai saiz 30-60 cm (1'-2') panjang iaitu dalam linkungan 3 hingga 4 bulan selepas menuai  buah dan pokok nanas tua diurus untuk pembiakan benih

Penggredan Benih
Benih-benih digred kepada 3 saiz seperti berikut

Besar - 60 cm - 2'
Sederhana - 45 cm - 1.5'
Kecil - 30 cm - 1'

Benih0benih ditanam diladang mengikut kumpulan gred yang sama untuk memastikan tumbesaran pokok yang sekata dan memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman dijalankan.

Penyimpanan Benih
Benih-benih yang lewat ditanam perlu disimpan mengikut teknik yang disyorkan bagi mengelakkan benih rosak atau dijangkiti kulat. Teknik-teknik yang disyorkan adalah seperti berikut.
  • Benih disusun selapis dengan kedudukan terbalik
  • Disimpan ditempat bernaung / teduh
  • Penyimpanan benih tidak melebihi 1 bulan

Rawatan benih
Sekiranya pemilihan benih dibuat mengikut kaedah yang disyorkan maka rawatan benih sebelum ditanam tidak perlu dilakukan

Jika terdapat serangga atau kulat, benih perlu dicelupkan kedalam larutan racun serangga tau kulat sebelum ditanam di ladang

Kadar Penggunaan Racun untuk Rawatan Benih
Racun Serangga : 24 ml Malathion + 18 Liter (4 gelen) air
Racun Kulat : 18 gm Racun Benex 9b.a Benomyl 50%) + 10 Liter Air

Harga Benih Mengikut Pasaran Semasa
Moris - RM 0.10
Josapine -RM 0.20
N 36 - RM 0.20
Gandul - RM 0.15
Sarawak - RM 0.25
MD 2 - RM 2.00
* sila hubungi Pejabat LPNM berhampiran atau hubungi saya di talian 019-3891313 untuk pertanyaan lanjut

No comments:

Post a Comment